top of page
FAQ
GoBarakah FAQ
Gobarakah adalah platform yang menghubungkan sumbangan dari pelbagai organisasi dan penderma awam terus kepada penerima (beneficiary) melalui sistem e-baucar yang telus dan boleh dijejaki.
Di Gobarakah, dana sumbangan ditukar kepada aset digital dan diagihkan sebagai e-baucar kepada penerima. E-baucar tersebut menjamin dana sumbangan hanya boleh dibelanjakan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Contohnya, jika anda telah menerima e-baucar Grocery/Supermarket, ia hanya boleh dibelanjakan di kedai atau lokasi yang tersenarai pada e-baucar tersebut.
Gobarakah is a platform that connects contributions from multiple organisations and public donors directly to beneficiaries through a transparent and traceable e-voucher system.
On Gobarakah, donated funds are converted into digital assets and distributed to beneficiaries as e-vouchers. These e-vouchers ensure that donated funds can only be spent according to the categories specified by the programme. For example, if you receive a Grocery/Supermarket e-voucher, it can only be redeemed at the participating stores or locations listed on the e-voucher.
Anda boleh menebus e-baucar Gobarakah anda di lokasi yang mengambil bahagian dan telah diluluskan seperti yang dipaparkan pada baucar anda.
Untuk menyemak lokasi tebusan, log masuk ke akaun Gobarakah anda dan pergi ke bahagian "My Vouchers". Buka e-baucar yang ingin digunakan, kemudian klik “Show locations” untuk melihat senarai kedai, vendor, atau lokasi yang mengambil bahagian untuk penebusan e-baucar anda.
Sila pastikan anda menebus e-baucar hanya di lokasi yang diluluskan seperti yang dipaparkan pada baucar anda.
Jika tiada vendor atau kedai yang menerima baucar ini di kawasan anda, sila e-mel help@gobarakah.com. Kami akan membantu memberikan bantuan atau penyelesaian lanjut.
You can redeem your Gobarakah e-voucher at the approved participating locations shown in your voucher.
To check the redemption locations, log in to your Gobarakah account and go to My Vouchers. Open the e-voucher you want to use, then click “Show locations” to view the list of participating shops, vendors, or locations where your e-voucher can be redeemed.
Please make sure you redeem your e-voucher only at the approved locations shown in your voucher.
If there are no participating vendors or shops that accept the voucher in your area, please email help@gobarakah.com. We will assist you with further guidance or an available solution.
Untuk e-baucar GrabScholar / For GrabScholar Vouchers:
Bagi GrabScholar sahaja / For GrabScholar Only:
Perlukan bantuan? Hubungi kami di sini. Sila sertakan nama, kod awam, dan nombor telefon anda supaya kami dapat membantu anda dengan lebih baik.
Need help? Speak to us here. Please include your name, public code, and phone number so we can assist you better.
Jika anda telah diberikan e-baucar Gobarakah, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel atau WhatsApp daripada Gobarakah.
Untuk melihat e-baucar anda, pergi ke laman Gobarakah dan pilih jenis log masuk “Beneficiary”. Kemudian, pilih cara log masuk sama ada melalui E-mail atau WhatsApp, masukkan maklumat yang telah didaftarkan, dan klik “Request Login Link”.
Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke Dashboard akaun Beneficiary anda. Klik nama anda di bahagian kanan atas, jika menggunakan telefon bimbit, klik pada menu tiga garisan, kemudian pilih “My Vouchers” untuk melihat senarai e-baucar yang telah diberikan kepada anda.
Di bahagian My Vouchers, anda boleh melihat maklumat e-baucar seperti jenis bantuan, nilai asal, baki e-baucar, tarikh tamat tempoh, kod baucar, dan lokasi tebusan yang tersedia.
Sila pastikan anda menggunakan e-mel atau nombor WhatsApp yang sama seperti yang didaftarkan untuk menerima e-baucar Gobarakah anda.
If you have been assigned a Gobarakah e-voucher, you will receive a notification from Gobarakah through email or WhatsApp.
To view your e-voucher, go to the Gobarakah website and select the “Beneficiary” login type. Then, choose whether you would like to log in using E-mail or WhatsApp, enter your registered details, and click “Request Login Link”.
Once you have successfully logged in, you will be taken to your Beneficiary Dashboard. Click your name at the top right corner, if on mobile, click on the menu (three lines), then select “My Vouchers” to view the list of e-vouchers assigned to you.
Under My Vouchers, you can view your e-voucher details such as the assistance type, original value, remaining balance, expiry date, voucher code, and available redemption locations.
Please make sure you use the same registered email address or WhatsApp number used to receive your Gobarakah e-voucher.
Anda boleh menyemak baki e-baucar anda dengan log masuk ke akaun Gobarakah dan membuka e-baucar anda di bahagian My Vouchers. Baucar anda akan memaparkan nilai asal, baki yang tinggal, dan tarikh tamat tempoh.
You can check your remaining e-voucher balance by logging in to your Gobarakah account and opening your e-voucher under My Vouchers. Your voucher will show the original value, balance remaining, and expiry date.
Cara penebusan e-baucar Gobarakah bergantung kepada jenis e-baucar yang anda terima. Sila buka e-baucar anda di bahagian “My Vouchers” dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin.
Untuk e-baucar Grocery, Medical, Back-to-School dan Education
Buka e-baucar yang ingin ditebus.
Jika diminta untuk mengimbas QR vendor, klik “Next”.
Klik “Scan vendor QR to redeem” dan imbas kod QR yang diberikan oleh vendor.
Masukkan jumlah penebusan yang ingin digunakan.
Semak maklumat penebusan, kemudian klik “Confirm and redeem now”.
Setelah penebusan berjaya, jangan tekan butang Back atau refresh skrin.
Klik “Close message” dan tunjukkan paparan barcode terakhir kepada cashier atau vendor.
Pastikan anda menunjukkan barcode penebusan yang berjaya kepada cashier atau vendor untuk melengkapkan proses pembayaran.
Untuk e-baucar Utility Bills atau Rental
Buka e-baucar Utility Bills/Rental anda.
Masukkan jumlah penebusan.
Pilih vendor yang berkaitan, contohnya Water/TNB atau vendor lain yang tersedia.
Lengkapkan maklumat bil yang diperlukan seperti nama pada bil, nombor akaun bil, vendor, dan rujukan bayaran.
Semak semua maklumat dengan teliti sebelum meneruskan penebusan.
Klik “Confirm and redeem now” untuk meneruskan penebusan.
Untuk e-baucar Cash
Buka e-baucar Cash anda.
Pilih ‘Cash Donation’ daripada senarai yang tersedia.
Semak maklumat yang dipaparkan.
Klik “Confirm and redeem now” untuk meneruskan penebusan.
Jika anda tidak pasti cara menebus e-baucar anda, sila hubungi help@gobarakah.com dan sertakan nama, kod awam, nombor telefon, serta tangkap layar masalah supaya kami dapat membantu anda dengan lebih cepat.
The redemption process for your Gobarakah e-voucher depends on the type of e-voucher you received. Please open your e-voucher under “My Vouchers” and follow the instructions shown on the screen.
For Grocery, Medical, Back-to-School and Education e-vouchers
Open the e-voucher you want to redeem.
If you are requested to scan the vendor QR, click “Next”.
Click “Scan vendor QR to redeem” and scan the QR code provided by the vendor.
Enter the redemption amount you want to use.
Check the redemption details, then click “Confirm and redeem now”.
Once the redemption is successful, do not press the Back button or refresh the screen.
Click “Close message” and show the final barcode screen to the cashier or vendor.
Please make sure you show the successful redemption barcode to the cashier or vendor to complete the payment process.
For Utility Bills or Rental e-vouchers
Open your Utility Bills/Rental e-voucher.
Enter the redemption amount.
Choose the relevant vendor, such as Water/TNB or any other available vendor.
Complete the required bill details, such as the name on the bill, bill account number, vendor, and payment reference.
Check all details carefully before continuing with the redemption.
Click “Confirm and redeem now” to continue with the redemption.
For Cash e-vouchers
Open your Cash e-voucher.
Choose the ‘Cash Donation’ from the dropdown menu.
Check the details shown on the screen.
Click “Confirm and redeem now” to continue with the redemption.
If you are unsure how to redeem your e-voucher, please contact help@gobarakah.com and include your name, public code, phone number, and a screenshot of the issue so we can assist you faster.
Tidak. Anda boleh menggunakan baucar ini secara beransur-ansur sedikit demi sedikit sehingga baki baucar habis.
No. You can use this voucher gradually, little by little, until the voucher balance is fully used.
Anda hanya perlu membayar baki selebihnya menggunakan kaedah pembayaran lain seperti tunai atau kad bank.
You only need to pay the remaining balance using another payment method, such as cash or bank card.
Jenis barangan yang dibenarkan adalah bergantung kepada jenis baucar yang anda terima dan senarai barangan yang diluluskan atau whitelisted yang ditetapkan oleh pihak vendor.
The types of items allowed depend on the type of voucher you received and the approved or whitelisted item list set by the vendor.
Untuk membuat sumbangan melalui Gobarakah, pergi ke laman Gobarakah dan pilih jenis log masuk “Donor”.
Selepas berjaya log masuk sebagai Donor, klik “Give E-Vouchers”. Anda boleh memilih sama ada untuk:
Donate to programme — sumbangan anda akan diberikan kepada program yang dipilih, dan pihak organisasi akan mengagihkan e-baucar kepada penerima manfaat yang berkaitan; atau
Donate to individuals — anda boleh menyumbang e-baucar terus kepada penerima manfaat individu pilihan anda.
Klik “Donate now” pada pilihan yang sesuai, kemudian ikuti arahan seterusnya untuk memilih e-baucar, menetapkan jumlah sumbangan, dan melengkapkan pembayaran.
To donate through Gobarakah, go to the Gobarakah website and select the “Donor” login type.
Once you have successfully logged in as a Donor, click “Give E-Vouchers”. You can choose either:
Donate to programme — your donation will be given to the selected programme, and the organisation will assign the e-vouchers to the relevant beneficiaries; or
Donate to individuals — you can donate e-vouchers directly to individual beneficiaries of your choice.
Click “Donate now” on the option that applies to you, then follow the next steps to choose the e-voucher, set the donation amount, and complete your payment.
Ya. Anda boleh memilih untuk menyumbang kepada program tertentu atau terus kepada penerima manfaat individu.
Jika anda ingin menyumbang kepada penerima manfaat individu, anda perlu mempunyai Public Code penerima manfaat tersebut. Dengan Public Code ini, anda boleh membuat sumbangan e-baucar secara terus kepada penerima manfaat pilihan anda.
Jika anda tidak mempunyai Public Code penerima manfaat, anda masih boleh membuat sumbangan dengan memilih program bantuan yang tersedia daripada senarai pilihan.
Pihak organisasi yang menguruskan program tersebut akan mengagihkan e-baucar kepada penerima manfaat yang berkaitan.
Yes. You can choose to donate to a specific programme or directly to an individual beneficiary.
If you would like to donate to an individual beneficiary, you will need the beneficiary’s Public Code. With this Public Code, you can donate an e-voucher directly to your chosen beneficiary.
If you do not have a beneficiary’s Public Code, you can still donate by selecting an available assistance programme from the dropdown list. The organisation managing the programme will then distribute the e-vouchers to the relevant beneficiaries.
Melalui Gobarakah, anda boleh menyumbang dalam bentuk e-baucar bantuan mengikut jenis keperluan penerima manfaat atau program yang tersedia.
Jenis bantuan yang boleh disokong termasuk bantuan untuk barangan runcit dan keperluan asas, makanan, pendidikan, perubatan, bayaran utiliti atau sewaan, bantuan tunai, serta kategori bantuan lain yang ditawarkan dalam program Gobarakah.
Jenis e-baucar yang tersedia mungkin berbeza mengikut program, organisasi, vendor, atau penerima manfaat yang dipilih.
Through Gobarakah, you can contribute through assistance e-vouchers based on the needs of the beneficiaries or the available programmes.
The types of assistance you can support may include groceries and basic necessities, food, education, medical needs, utility bills or rental payments, cash assistance, and other assistance categories offered through Gobarakah programmes.
The available e-voucher types may vary depending on the selected programme, organisation, vendor, or beneficiary.
Gobarakah membantu memastikan sumbangan digunakan dengan lebih telus melalui sistem e-baucar. Sumbangan anda tidak diberikan secara bebas tanpa kawalan, tetapi disalurkan dalam bentuk e-baucar mengikut jenis bantuan, program, atau penerima manfaat yang dipilih.
E-baucar hanya boleh digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan, seperti barangan runcit, pendidikan, perubatan, utiliti, sewaan, atau kategori bantuan lain yang diluluskan. Setiap penebusan juga direkodkan dalam sistem, termasuk maklumat seperti nilai baucar, baki, tarikh penebusan, dan vendor yang terlibat.
Sebagai donor, anda juga akan menerima laporan yang menunjukkan ke mana sumbangan anda telah diperuntukkan atau diberikan. Ini membantu anda melihat bagaimana sumbangan anda disalurkan kepada program atau penerima manfaat yang berkaitan.
Ini membantu mengurangkan risiko penyalahgunaan serta memastikan bantuan sampai kepada penerima manfaat dengan cara yang lebih terarah dan boleh dijejaki.
Gobarakah helps ensure that donations are used more transparently through an e-voucher system. Your donation is not given freely without control, but is distributed as an e-voucher based on the assistance type, programme, or beneficiary you selected.
The e-voucher can only be used according to its intended purpose, such as groceries, education, medical needs, utilities, rental, or other approved assistance categories. Each redemption is also recorded in the system, including details such as voucher value, balance, redemption date, and the vendor involved.
As a donor, you will also receive a report showing where your donation has been assigned or distributed. This helps you see how your donation was channelled to the relevant programme or beneficiary.
This helps reduce the risk of misuse and ensures that assistance reaches beneficiaries in a more targeted and traceable way.
Tidak semestinya. Kebanyakan sumbangan melalui Gobarakah akan diberikan dalam bentuk e-baucar bantuan, bukan wang tunai secara langsung.
E-baucar ini boleh digunakan oleh penerima manfaat untuk tujuan yang telah ditetapkan, seperti barangan runcit, makanan, pendidikan, perubatan, utiliti, sewaan, atau kategori bantuan lain yang diluluskan.
Untuk bantuan tunai, penerima manfaat hanya boleh menebusnya mengikut proses dan vendor yang telah ditetapkan oleh Gobarakah. Ini membantu memastikan sumbangan disalurkan dengan lebih selamat, telus, dan boleh dijejaki.
Not necessarily. Most donations through Gobarakah are given as assistance e-vouchers, not directly as cash.
These e-vouchers can be used by beneficiaries for approved purposes, such as groceries, food, education, medical needs, utilities, rental, or other approved assistance categories.
For cash assistance, beneficiaries can only redeem it through the process and vendor set by Gobarakah. This helps ensure that donations are distributed in a safer, more transparent, and traceable way.
Untuk menjadi vendor Gobarakah, perniagaan anda boleh mendaftar melalui borang pendaftaran vendor di laman web Gobarakah: Gobarakah.com | Register as Vendor
Sila lengkapkan maklumat perniagaan anda dalam borang tersebut. Pihak Gobarakah akan menyemak permohonan anda dan menghubungi anda untuk proses seterusnya.
Sebagai vendor Gobarakah, perniagaan anda berpeluang menjadi lokasi tebusan e-baucar untuk penerima manfaat yang menerima bantuan melalui platform Gobarakah.
To become a Gobarakah vendor, your business can register through the vendor registration form on the Gobarakah website: Gobarakah.com | Register as Vendor
Please complete your business details in the form. The Gobarakah team will review your application and contact you for the next steps.
As a Gobarakah vendor, your business may become an e-voucher redemption location for beneficiaries who receive assistance through the Gobarakah platform.
Perniagaan yang sesuai menjadi vendor Gobarakah ialah perniagaan yang menyediakan barangan atau perkhidmatan keperluan kepada penerima manfaat.
Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai makanan, farmasi, klinik, pusat perubatan, kedai buku, kedai pakaian sekolah, institusi pendidikan, penyedia utiliti, penyedia sewaan, atau perniagaan lain yang berkaitan dengan program bantuan Gobarakah.
Sebagai vendor Gobarakah, perniagaan anda boleh membantu penerima manfaat menebus e-baucar untuk barangan atau perkhidmatan yang diluluskan.
Businesses that provide essential goods or services to beneficiaries are suitable to become Gobarakah vendors.
This may include supermarkets, grocery stores, food outlets, pharmacies, clinics, medical centres, bookstores, school uniform shops, education institutions, utility providers, rental providers, or other businesses related to Gobarakah assistance programmes.
As a Gobarakah vendor, your business can help beneficiaries redeem their e-vouchers for approved goods or services.
Apabila pelanggan atau penerima manfaat ingin menebus e-baucar Gobarakah, mereka perlu membuka e-baucar di akaun Gobarakah mereka dan menunjukkan maklumat penebusan kepada vendor.
Bergantung kepada jenis e-baucar, pelanggan mungkin perlu mengimbas kod QR vendor, memasukkan jumlah penebusan, dan mengesahkan penebusan melalui sistem Gobarakah. Setelah penebusan berjaya, pelanggan akan menunjukkan skrin pengesahan atau kod bar kepada vendor untuk melengkapkan proses pembayaran.
Vendor perlu menyemak maklumat penebusan yang dipaparkan dan memastikan jumlah penebusan adalah betul sebelum menyerahkan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan.
When a customer or beneficiary wants to redeem a Gobarakah e-voucher, they will open the e-voucher in their Gobarakah account and show the redemption details to the vendor.
Depending on the e-voucher type, the customer may need to scan the vendor’s QR code, enter the redemption amount, and confirm the redemption through the Gobarakah system.
Once the redemption is successful, the customer will show the confirmation screen or barcode to the vendor to complete the payment process.
The vendor should check the redemption details shown on the screen and make sure the redemption amount is correct before providing the goods or services to the customer.
Selepas e-baucar Gobarakah berjaya ditebus oleh pelanggan atau penerima manfaat, transaksi penebusan akan direkodkan dalam sistem Gobarakah.
Vendor akan menerima bayaran berdasarkan nilai e-baucar yang telah ditebus, mengikut proses pembayaran dan tempoh penyelesaian yang ditetapkan oleh Gobarakah. Pastikan maklumat akaun bank atau maklumat pembayaran perniagaan anda adalah tepat supaya bayaran boleh diproses dengan lancar.
Jika terdapat sebarang isu berkaitan bayaran atau transaksi penebusan, vendor boleh menghubungi pihak Gobarakah untuk semakan lanjut.
After a Gobarakah e-voucher has been successfully redeemed by a customer or beneficiary, the redemption transaction will be recorded in the Gobarakah system.
The vendor will receive payment based on the value of the e-voucher redeemed, according to Gobarakah’s payment process and settlement timeline. Please make sure your business bank account or payment details are accurate so the payment can be processed smoothly.
If there are any issues related to payment or redemption transactions, vendors may contact the Gobarakah team for further checking.
Vendor akan menerima bayaran secara T+1, iaitu pada hari bekerja berikutnya selepas permohonan pengeluaran dibuat.
Tempoh bayaran mungkin bergantung kepada cuti umum, hujung minggu, waktu pemprosesan bank, atau semakan transaksi jika diperlukan. Sila pastikan maklumat akaun bank perniagaan anda adalah tepat untuk mengelakkan kelewatan bayaran.
Vendors will receive payment on a T+1 basis, which means payment will be made on the next business day upon withdrawal request.
The payment timeline may depend on public holidays, weekends, bank processing times, or transaction checks where required. Please ensure that your business bank account details are accurate to avoid payment delays.
Organisasi anda boleh menggunakan Gobarakah untuk mengurus dan mengagihkan bantuan kepada penerima manfaat melalui sistem e-baucar yang lebih telus, mudah dijejaki, dan teratur.
Melalui Gobarakah, organisasi boleh menjalankan program bantuan seperti bantuan barangan runcit, makanan, pendidikan, perubatan, utiliti, sewaan, bantuan tunai, atau program kebajikan lain mengikut keperluan komuniti.
Organisasi juga boleh mendaftarkan penerima manfaat, mengagihkan e-baucar kepada penerima yang layak, dan menjejak penggunaan serta penebusan e-baucar melalui sistem Gobarakah.
Your organisation can use Gobarakah to manage and distribute assistance to beneficiaries through a more transparent, traceable, and organised e-voucher system.
Through Gobarakah, organisations can run assistance programmes such as groceries, food, education, medical support, utilities, rental, cash assistance, or other welfare programmes based on community needs.
Organisations can also register beneficiaries, assign e-vouchers to eligible recipients, and track e-voucher usage and redemption through the Gobarakah system.
Gobarakah sesuai digunakan oleh organisasi yang ingin mengurus, mengagihkan, dan menjejak bantuan dengan lebih telus melalui sistem e-baucar.
Ini termasuk badan kebajikan, NGO, yayasan, syarikat yang menjalankan program CSR, institusi pendidikan, institusi zakat, agensi kerajaan, persatuan komuniti, rumah ibadah, dan organisasi lain yang menjalankan program bantuan kepada penerima manfaat.
Gobarakah boleh membantu organisasi memastikan bantuan diberikan kepada penerima yang layak, digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan, dan boleh dijejaki melalui sistem.
Gobarakah is suitable for organisations that want to manage, distribute, and track assistance more transparently through an e-voucher system.
This includes charities, NGOs, foundations, companies running CSR programmes, education institutions, zakat institutions, government agencies, community associations, places of worship, and other organisations that run assistance programmes for beneficiaries.
Gobarakah can help organisations ensure that aid is given to eligible beneficiaries, used according to its intended purpose, and tracked through the system.
Organisasi boleh mendaftarkan atau mencalonkan penerima manfaat mereka sendiri melalui sistem Gobarakah untuk program bantuan yang dijalankan.
Selain itu, organisasi juga boleh menggunakan senarai penerima manfaat sedia ada dalam platform Gobarakah, termasuk penerima yang telah disahkan melalui proses pengesahan zakat, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian program bantuan.
Dengan cara ini, organisasi boleh memilih sama ada untuk membantu penerima manfaat yang telah mereka kenal pasti sendiri, atau menyalurkan bantuan kepada penerima yang telah tersedia dan disahkan dalam ekosistem Gobarakah.
Organisations can register or nominate their own beneficiaries through the Gobarakah system for the assistance programmes they run.
Alternatively, organisations may also access existing beneficiaries within the Gobarakah platform, including recipients who have been verified through the zakat verification process, depending on the needs and suitability of the assistance programme.
This allows organisations to either support beneficiaries they have identified themselves, or channel assistance to existing verified beneficiaries within the Gobarakah ecosystem.
Ya. Organisasi boleh menjejak penggunaan dan penebusan e-baucar melalui sistem Gobarakah.
Melalui sistem ini, organisasi boleh melihat maklumat seperti e-baucar yang telah diperuntukkan, penerima manfaat yang menerima bantuan, nilai e-baucar, baki yang tinggal, status penebusan, tarikh penebusan, dan vendor yang terlibat.
Ini membantu organisasi memantau keberkesanan program bantuan, memastikan bantuan digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan, dan menyediakan rekod yang lebih telus untuk tujuan pelaporan.
Yes. Organisations can track e-voucher usage and redemption through the Gobarakah system.
Through the system, organisations can view information such as assigned e-vouchers, beneficiaries who received assistance, voucher value, remaining balance, redemption status, redemption date, and the vendor involved.
This helps organisations monitor the effectiveness of their assistance programmes, ensure that aid is used according to its intended purpose, and maintain more transparent records for reporting.
bottom of page
