CIMB x KIWF Program Bakul Khasiat 2025 di AEONBig Ampang - SMK Bukit Indah
Sat, 22 Feb
|AEONBig Ampang
Dengan sukacitanya, kami menjemput tuan/puan untuk menyertai Program Bakul Khasiat (Selangor) sumbangan CIMB ISLAMIC x KHADIJAH INTERNATIONAL WAQF FOUNDATION (KIWF). Penyerahan e-voucher Grocery bernilai RM200 tajaan CIMB Islamic serta sesi ramah mesra di AEONBig Ampang. Terhad kepada 50 penerima.


Time & Location
22 Feb 2025, 8:00 am – 12:00 pm
AEONBig Ampang, Lot 613, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Guests
About the event
Program Bantuan Bakul Khasiat
Dianjurkan oleh CIMB Islamic dan diselaraskan oleh Khadijah International Waqf(L) Foundation, inisiatif GoBarakah bertujuan menyediakan makanan dan barangan runcit berkhasiat untuk keluarga kurang berkemampuan di Selangor. Setiap penerima menerima e-baucar bernilai RM200 melalui platform GoBarakah yang boleh digunakan di vendor terpilih seperti AEON Big dan Mydin.
Penerima manfaat, termasuk keluarga asnaf dan B40, adalah dari sekolah-sekolah di sekitar Selayang, Subang Jaya, dan Ampang. Sistem e-voucher ini membolehkan keluarga memilih barangan runcit yang diperlukan dan berkhasiat di vendor-vendor yang tersenarai pada e-voucher.
Pendekatan inovatif ini bukan sahaja menyokong keperluan segera tetapi juga menggalakkan penggunaan yang mampan. Bersama-sama CIMB Islamic dan Khadijah Waqf International serta vendor terlibat, moga ianya memberikan impak bermakna kepada golongan yang memerlukan.
Info lanjut penganjur:
SILA TEKAN BUTANG RSVP UNTUK MENYATAKAN KEHADIRAN ANDA.